Tuesday, January 14, 2014

Jurnal Refleksi Diri

Minggu Pertama
Tarikh  : 16/09/2013
Masa    : 10.00 pagi

            Pada pagi ini, kami semua berkumpul dalam kelas di bilik Seni Lakon Awalan. Kelas Seni Lakon Awalan menggabungkan kami bersama pelajar minor teater. Kami diberikan pengenalan tentang pelajaran dan pembelajaran (P&P) mengenai praktikal seni lakon dan Kursus Seni Lakon yang merujuk kepada konsep melahirkan bakal guru. Segala penerangan yang diberikan disertakan dengan praktikal sekali bagi menambahkan lagi pemahaman pelajar mengenai kursus ini. Antara penerangan yang diberikan ialah Rancangan Pelajaran Harian, aktiviti praktikal dalam lakonan dan Persembahan Akhir Lakonan yang harus diikuti. Penerangan ini dilakukan oleh Encik Shuradi bersama Puan Haneem.
            Selesai memberi penerangan, kami diberikan satu permainan bersama Pn. Haneem. Permainan ini digelar ‘merasai aurah’ yang memerlukan konsentrasi para pemain untuk merasai aurah-aurah di sekelilingnya. Kami duduk dalam satu bulatan, berpegang tangan, memejam mata dan kemudian menumpukan perhatian pada tangan untuk merasakan aurah yang dikeluarkan dari tangan. Aurah tersebut bermula dari satu titik(tangan) ke titik yang lain dan kemudian sampai kepada tangan yang memulakan. Permainan ini memerlukan keadaan yang sunyi, penuh konsentrasi dan fokus terhadap aurah yang disampaikan. Akhirnya, Pn. Haneem menerangkan kaitan antara permainan tersebut dengan lakonan.



Minggu Kedua
Tarikh : 23/09/2013
Masa   : 10.00 pagi

       Pada pagi ini, kami telah diberikan kuliah tentang lakonan. Kuliah dijalankan dalam bilik Seni Lakon. En.Shuradi telah menerangkan definisi Lakonan, sejarah lakon, mengenal ruang lakon, mengenal pentas, mengenal medium, mengenal genre dan mengenal diri dalam lakonan. En.Shuradi juga telah menerangkan teori Stanislavski tentang empat tahap jenis lakon iaitu jenis lakon eksploitatif, jenis lakonan lampau amatur, lakonan mekanikal, dan lakonan representational. Selain itu, teori Stanislavski tentang pembinaan internel dan external karakter juga telah diterangkan kepada para pelajar. Kuliah ini dapat membantu saya bersama rakan pelajar yang lain untuk mengenalpasti elemen-elemen yang disebutkan sekaligus memperkenalkan kami kepada asas di dalam teater dan juga lakonan.
       Selesai kuliah, kami kemudiannya diberikan lagi permainan yang dipanggil ’unta dan penunggang’. Permainan ini dibahagikan kepada dua kumpulan untuk berlawan. Dalam permainan ini, saya telah menjadi unta manakala penunggang pula rakan saya, Anim. Kumpulan saya telah berjaya memenangi permainan ini. Pada akhir kelas, Pn.Haneem telah menerangkan kepentingan yang terdapat dalam permainan tersebut. Permainan ini memerlukan kerjasama yang kuat antara kumpulan, fokus pada pihak lawan dan cuba mengeluarkan sejumlah tenaga yang ada pada badan. Kelas pada kali ini memberikan kami banyak ilmu pengetahuan yang baru dalam dunia seni lakon.
      



Minggu ketiga
Tarikh : 02/10/2013
Masa   : 10.00 pagi

            Pada pagi ini, kami diberikan penerangan tentang aktiviti-aktiviti Asas Lakonan. Aktiviti ini dimulakan dengan ice breaking dan brain storming. Kesemua pelajar terlibat dalam aktiviti ini kerana penting untuk mengetahui asas-asas lakonan. Selesai melakukan aktiviti tersebut, kami kemudiannya diminta untuk senyap dan melakukan aktiviti keheningan (relaxation) kerana memerlukan suasana yang tenang bagi aktiviti ini. Selepas itu, En.Shuradi menunjukkan kami body awareness (posture and movement). Pembelajaran ini penting bagi mendapatkan posisi badan yang sesuai dan menyediakan para pelajar untuk menggerakkan segala otot dalam badan. Kami kemudiannya melakukan aktiviti memorazation. Aktiviti ini memerlukan kami untuk mengingati setiap perkara yang berlaku. Aktiviti ini juga mampu mengajar kami cara menyimpan memori dalam minda dan mengekalkannya.
            Selesai aktiviti ini, kami kemudiannya diajar tentang penggunaan ruang pentas. Setiap pelakon harus tahu cara menggunakan ruang pentas agar tidak persembahan tidak kelihatan kosong dan menarik perhatian penonton. Pada kelas kali ini, kami diajar cara mengatasi rasa malu, rendah diri, dan gentar semasa melakukan kesempatan. Sebelum berakhirnya kelas, En.Shuradi telah memberikan kami skrip sebagai tugasan akhir bagi subjek ini untuk dipersembahkan pada minggu ke empat belas. Pelajar minor telah mendapat skrip berkumpulan yang menggabungkan mereka semua. Tajuk yang mereka perolehi ialah Rumah Lama Kampung Baru. Manakala, bagi pelajar major pula, skrip diberi secara individu dan berkumpulan. Saya telah mendapat skrip yang bertajuk Laut Lebih Indah Dari Bulan (LLIDB) yang dilakukan secara monolog.


Minggu Keempat
Tarikh : 07/10/2013
Masa   : 10.00 pagi

            Pada pagi ini, kami diberi penerangan tentang elemen-elemen penting dalam proses pembinaan lakonan. Elemen ini penting bagi membantu para pelajar melakonkan skrip mereka termasuk saya. Kami kemudiannya melakukan aktiviti yang terliat dalam asas-asas lakon seperti aktiviti concentration and focus, kepekaan lima deria manusia, dan perasaan (feeling). Dalam aktiviti ini, kami diarah untuk duduk berjarak dengan rakan lain, menutup mata dan hanya mendengar suara dari En.Shuradi sahaja. Suasana pada masa itu amat tenang dan gelap kerana En.Shuradi mahukan kami benar-benar merasa dalam dunia yang diperkataknnya. Aktiviti ini memerlukan kami fokus dalam pendengaran, konsentrasi terhadap suara yang keluar dari mulut En.Shuradi serta menggunakan lima deria rasa kami hanya dengan menggunakan minda dan otak.
            Selesai melakukan aktiviti ini, En.Shuradi menanyakan perasaan kami semua semasa melakukan aktiviti tersebut. Kesemua pelajar merasa tenang dan konsentrasi dalam aktiviti ini. Selesai sahaja, kami kemudiannya diberi peneragan tentang kaitan aktiviti pada hari ini dengan skrip yang kami peroleh. Setiap skrip yang diperoleh perlu dipersembahkan secara konsisten dan tenang agar mampu memberikan persembahan yang menarik. Kami kemudiannya diberi masa untuk menganalisis semula skrip yang diperolehi.





Minggu Kelima
Tarikh : 14/102013
Masa   : 10.00 pagi

            Pada kuliah pagi ini, kami diberi penerangan tentang teori lakonan Stanislavski. Stanis yang merupakan salah satu tokoh dalam bidang lakonan telah memberi teori tentang lakonan. Kami telah diberi penerangan tentang cara mengetahui perwatakan watak, sejarah, jalan cerita dan proses menganalisis skrip. Kami telah diajar tentang menggunakan teknik Stanis seperti teknik magic if, dan teknik imaginasi.
            En.Shuradi mahukan kami berlatih dengan skrip yang telah diberi dengan menggunakan teknik Stanislavski dalam lakonan kami kemudiannya mengadaptasi lakonan tersebut. Sebelum melakukan latihan, saya tidak memahami jalan cerita tentang skrip yang saya perolehi. Setelah mendapat penerangan dari En.Shuradi tentang teknik Stanislavski, saya telah mendapat ilmu cara menganalisis skrip yang saya dapat kemudian melakukan proses latihan seperti yang dikehendaki pensyarah. Kami akhirnya mampu mancari sejarah perwatakan dalam skrip masing-masing dengan menggunakan teknik Stanislavski.






Minggu Keenam
Tarikh : 21/10/2013
Masa   : 10.00 pagi

            Pada pagi ini, kami diberi penerangan tentang sambungan teknik Stanislavski iaitu teknik kebenaran dan kepercayaan, ritma dan tempo dan teknik konsentrasi dan tumpuan. Teknik kebenaran dan kepercayaan adalah teknik bagaimana pelakon cuba meletakkan kebenaran dan mendapat kepercayaan daripada penonton kerana dunia sebenar pelakon dan dunia lakonannya adalah berbeza. Sebagai contoh, skrip yang saya perolehi berkisar tentang seorang isteri yang menghadapi konflik dengan suaminya. Nama isteri tersebut ialah Bulan manakala Laut adalah nama suaminya. Untuk memasuki dunia Bulan sememangnya perkara yang sukar bagi saya kerana saya tidak mengetahui apa-apa tentang perkara yang dialami Bulan. Tetapi, dengan menggunakan teknik Stanislavski serta proses penganalisian, saya memahami serba sedikit tentang dunia Bulan dan cuba merasai perasaan Bulan.
            En.Shuradi juga telah menerangkan serba sedikit jalan cerita LLIDB. Penerangan ini telah meningkatkan pengetahuan saya bagi mendapatkan perasaan sebenar watak. Pada 23/10/2013, saya telah berlatih dengan Pn.Haneem pada waktu malam di bilik seni lakon. Pn.Haneem meminta kami untuk menyenaraikan biodata watak dan cuba mengadaptasikan segala perwatakan watak dalam diri kami. Pada tarikh 26&27/10/2013, En.Shuradi telah mengarahkan semua pelajar major teater untuk berkampung di fakulti bagi melakukan proses latihan. Latihan pada kali ini telah meningkatkan pengetahuan kami semua mengenai skrip yang diperoleh.

Minggu Ketujuh
Tarikh : 28/10/2013
Masa   : 10.00 pagi

            Pagi ini kami diajar satu lagi teknik Stanislavski iaitu  teknik ’memory recall’. Teknik ini adalah cara pelajar mengadakan lakonan berdasarkan petikan dari sesuatu peristiwa, tragedi dan iklan semasa dan mengadakan lakonan melalui insiden masa lalu. Melalui teknik ini, kami boleh mengadaptasi sesuatu perkara lepas dengan mengimitasi semula peristiwa tersebut sebagai satu persediaan memakai watak di dalam lakonan. Ianya akan meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti pelajar.
            Selesai kuliah, kami melakukan latihan bersama pensyarah yang telah ditetapkan. Saya bersama beberapa pelajar yang lain berlatih bersama Pn.Haneem untuk latihan kali ini. Dalam latihan kali ini, Pn.Haneem telah mengajar kami pelbagai ekspresi dan emosi bagi menudahkan kami berlatih. Latihan dari segi fizikal juga telah dilakukan. Pada hari ini, saya telah mendapat pelbagai pengetahuan tentang lakonan serta cara hendak mengolahkan perwatakan Bulan dalam diri saya walaupun belum mencapai tahap yang sempurna.






Minggu Kelapan
Tarikh : 04/11/2013
Masa   : 10.00 pagi

            Dalam kelas kali ini, En.Shuradi telah memberi kami latihan yang berkaitan dengan emosi, suara dan ekspresi muka. Pelbagai emosi yang telah dilontarkan seperti emosi marah, gembira, sedih dan kecewa. Kesemua latihan tersebut berkaitan dengan lakonan kerana setiap pergerakan memainkan peranan yang penting bagi menunjukkan persembahan yang menarik. Latihan pada kali ini membantu saya untuk mendapatkan emosi dan ekspresi yang sesuai dalam lakonan saya. Selain itu, pada tahap ini juga, pelajar telah berupaya membina keyakinan diri dengan membuat persembahan improvisasi di depan khalayak ramai bagi menilai observasi yang dilakukan dari tindak tanduk lakonan yang menyakinkan ataupun sebaliknya.
            Pada waktu malam, saya bersama seorang lagi rakan saya melakukan latihan di rumah Pn.Haneem. latianh ini berlangsung sehingga pukul 12.00 tengah malam. Walaupun lewat, tapi saya merasa puas kerana latihan ini telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya bagi mendapatkan kehidupan watak Bulan ke dalam diri saya. Pn.Haneem juga telah meminta saya bersama rakan saya untuk menyediakan prop yang diperlukan semasa latihan yang seterusnya.



Minggu Kesembilan
Tarikh : 11/11/2013
Masa   : 10.00 pagi
            Pada pagi ini, kami melakukan latihan sama seperti minggu kelapan. Latihan pada kali ini adalah untuk meningkatkan lagi mutu lakonan. Selesai melakukan latihan, En.Shuradi, Pn.Haneem bersama beberapa pelajar telah berbincang untuk menyediakan jadual pada hari persembahan. Persembahan tersebut akan berlangsung selama seminggu termasuk dengan persembaha dari budak minor serta major.

Minggu kesepuluh
Tarikh : 18/11/2013
Masa   : 10.00 pagi
            Pada pagi ini, kami telah diajar tentang subteks iaitu perkara yang tidak dalam teks tetapi diolah sendiri oleh pelajar berdasarkan watak dan perwatakan dalam skrip. Kami telah diajar cara mengucapkan dialog dengan pemahaman yang kritis dan mempersembahkan latihan tersebut. Latihan ini membantu pelajar untuk mahir dalam  menganalisa skrip dan mengaplikasikan permahaman subteks ke dalam bentuk ucapan sebenar.




Minggu Kesebelas
Tarikh : 25/11/2013
Masa   : 10.00 pagi

            Pada pagi ini, kami diberi penerangan tentang latihan yang telah dilakukan selama ini. En.Shuradi telah membantu kami dalam meningkatkan mutu latihan serta cara melontarkan dialog dengan cara yang paling tepat berdasarkan ekspresi muka. Kami juga melakukan persembahan individu berdasarkan kreaviti yang lahir dari kepelbagaian aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Latihan lakonan dan amalan berdasarkan hafalan puisi, monolog ataupun aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan terpilih. Pada hari ini, persediaan para pelajar diuji untuk menghadapi realiti lakonan sebagai seorang pelakon yang boleh memegang apa jua watak. Ini merupakan satu persiapan diri kami sebagai seorang guru untuk menghadapi apa jua situasi yang boleh diatasi dengan penuh pendekatan berdasarkan latihan yang telah berlangsung selama ini.
            Persediaan ini penting bagi menyiapkan diri kami menghadapi segala ujian yang bakal dihadapi. Malahan, saya merasa yakin dengan keadaan diri saya setelah diberi tunjuk ajar oleh beberapa orang pensyarah. Walaupun tahap keyakinan belum mencapai 100%, namun saya dapat merasakan perubahan dalam diri saya serta latihan lakonan saya. Ini menunjukkan segala teknik Stanislavski serta latihan dari pensyarah telah membantu dalam meningkatkan mutu lakonan saya bersama rakan yang lain.



Minggu Kedua belas
Tarikh : 02/12/2013
Masa   : 11.00 pagi

            Pada pagi ini, kami melakukan latihan seperti biasa bagi menyiapkan diri sebelum persembahan. Pn.Haneem telah meminta saya bersama rakan yang lain untuk menyediakan segala prop dan kostum yang diperlukan dalam latihan untuk sesi fotografi. Keesokan harinya, sesi fotografi telah berlangsung dari pagi sehingga petang. Sesi ini adalah untuk poster persembahan kami. Bagi latihan yang seterusnya, kami diberi arahan untuk menyediakan segala peralatan yang diperlukan untuk persembahan.  Penyediaan merangkumi penglibatan keseluruhan tenaga produksi untuk satu persembahan yang mantap dan bersesuaian dengan keseluruhan kandungan kursus.

Minggu Ketiga belas
Tarikh : 09/12/2013
Masa   : 11.00pagi
            Pada minggu ini, latihan berjalan seperti biasa. Segala perbincangan telah dilakukan untuk menyiapkan projek akhir. Segala peralatan seperti set dan prop telah disediakan. Para pelajar juga telah menyiapkan diri untuk melakukan persembahan yang bakal tiba. Produksi ini berjalan dengan lancar sepanjang hari dengan bantuan En.Shuradi dan Pn.Haneem.


Minggu Keempat belas
Tarikh : 16/12/2013
Masa   : 10.00 pagi


                        Pada hari ini, kami akan mempersembahkan segala hasil latihan kami yang telah berlaku sepanjang minggu sebelum ini. En.Shuradi bersama Pn.Haneem akan menilai persembahan kami berdasarkan persembahan yang dilakukan. Persembahan bermula pada 16-20 Disember 2013, masa 8.00-10.30 malam, bertempat di Panggung Budaya, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada persembahan ini, pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan meluahkan ekspresi melalui lakonan yang dipersembahkan. Saya telah melakukan persembahan pada tarikh 19 Disember 2013, persembahan yang keempat. Pada akhir persembahan, saya merasa puas hati dengan persembahan saya kerana segala penat lelah kami telah berakhir dengan kegembiraan. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami, Encik Nor Shuradi bin Nor Hashim bersama Puan Haneem binti Said atas tunjuk ajar yang telah diberikan selama ini. Tunjuk ajar anda akan saya ingati sampai bila-bila. Semoga Allah SWT merahmati anda. Aminnn. . . .

No comments:

Post a Comment