Tuesday, January 14, 2014

teknik lakonan


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERJA KURSUS KUMPULAN
AA06- ISM SENI PERSEMBAHAN TEATER

ATP 3013 SENI LAKON AWALAN

“ TEKNIK LAKONAN “

NAMA AHLI KUMPULAN :

JUNAINI BINTI BELUTU
D20131062773
NURUL TASNIM ATHIRAH BINTI TAJUDDIN
D20131062790

NAMA PENSYARAH :

ENCIK NOR SHURADI BIN NOR HASHIM
FAKULTI MUZIK DAN SENI PERSEMBAHAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS







1.0 Pengenalan
Sebagai seorang pelakon, teknik-teknik lakonan amat penting untuk diketahui bagi memantapkan lagi gaya lakonan tersebut. Kerja kursus ini dilakukan oleh Junaini binti Belutu bersama Nurul Tasnim Athirah binti Tajuddin, pelajar major ISM Seni Persembahan Teater, Universiti Pendidikan Sultan Idris atas arahan pensyarah kami, Encik Nor Shuradi Bin Nor Hashim, Universiti Perndidikan Sultan Idris, akan menerangkan beberapa teknik lakonan yang dikutip melalui beberapa buah buku untuk dijadikan panduan para pelakon. Kebanyakan teknik yang dipertonjolkan adalah teknik dari seorang tokoh lakonan iaitu Stanislavsky. Stanis merupakan seorang tokoh yang menerangkan banyak kaedah yang diperlukan untuk menjadi seorang pelakon yang hebat. Banyak kaedah beliau yang digunakan dalam pembelajaran masa kini sama ada di peringkat sekolah ataupun peringkat antarabangsa.
            Seorang pelakon juga sebenarnya boleh mencipta sendiri teknik atau kaedah lakonan mengikut kreativiti sendiri. Penciptaan ini boleh meluaskan lagi pembelajaran dan pengetahuan pelakon bagi menyiapkan diri untuk menjadi seorang pelakon yang hebat. Di samping itu, kerja kursus ini boleh menjadi panduan kepada pelakon untuk belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan mengenai teknik-teknik lakonan.


2.0 Dilemma pelakon.

Menurut W.J.Mayhead seseorang pelakon memerlukan dilemma untuk melakonkan sesuatu watak. Dilemma ini akan dapat menghidupkan watak. Sama seperti dalam teknik Stanislavsky ‘memory recall’. Hal ini akan memberikan rangsangan kepada pelakon supaya lebih dekat dengan watak. Apabila pelakon memahami sesuatu karakter yang dibawa, dia akan mudah untuk berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu kepada penonton. Pelakon dan penonton mesti mempunyai hubungan antara satu dengan lain. Dengan cara ini penonton akan dapat memahami, mendengar dan mesej  yang disampaikan oleh pelakon dalam lakonan tersebut. Pelakon perlu berkomunikasi di sepanjang lakonannya melalui perasaan, emosi, perkataan, pergerakan fizikal dan juga pemikirannya
Dilemma juga merupakan satu teknik dalam lakonan. Setiap orang mempunyai dilemma. Dilemma yang seseorang alami mungkin juga pernah dialami oleh orang lain. Jadi tidak mustahil untuk memasukkan dilemma dalam sesebuah watak oleh pelakon. Selain itu, pelakon juga perlu tahu untuk mencipta ilusi yang realiti dan benar. Perwatakannya  juga perlu semula jadi dan tidak dibuat-buat.

3.0 Pergerakan
Pergerakan merupakan satu perkara yang penting dalam lakonan. Pergerakan melibatkan tubuh badan, kepala, otot dan sebagainya yang menjadi instrument dalam lakonan. Pergerakan dalam lakonan mempunyai makna dan maksud tersendiri. Pergerakan juga merupakan bisnes dalam lakonan supaya pelakon tidak kelihatan kaku dan bosan di atas pentas. Menurut M.J. Mayhead pergerakan bukanlah sesuatu yang dipaksa untuk pelakon tetapi ia adalah syarat di dalam drama dan juga ruang lakon iaitu semasa di atas pentas.
Di dalam teknik Stanislasky, ‘given circumstance’ juga terdapat tentang pergerakan. Pelakon  perlu tahu tingkah laku psikolgi dan fizikalnya. Hal ini kerana tingkah laki dan fizikal seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu menjelaskan apa yang dilakukan oleh seseorang karektor itu di dalam situasi sedia yang tersedia. Sehubungan dengan itu, seseorang aktor haruslah berkompromi dengan persekitaran drama itu sehingga wataknya bersebati dengan beliau yakni menjadi sebahagian daripadanya.

4.0 ‘Entrance’
‘Entrance’ bermaksud pelakon harus masuk ke dalam dunia lakonan tersebut. Dia perlu menganalisis, memahami dan tahu tentang latar belakang watak yang dibawa. Pelakon perlu tahu ke mana dia harus pergi dan bagaimana untuk dia sampai ke sana. Pelakon akan tahu pelbagai konflik dan masalah yang dihadapi oleh watak. Secara tidak langsung emosi, perasaan,tingkah laku, pergerakan fizikal, dan pemikirannya juga sebati dengan karekter yang dibawa. Pelakon juga perlu melakukan lakonan secara realistik supaya penonton dapat mersai apa yang dirasakan oleh watak. Dalam imaginasi iaitu teknik Stanislavsky, imaginasi boleh dikaitkan dengan entrance. Pelakon perlu membayangkan dirinya dalam watak tersebut. Dia harus melahirkan apa yang dirasakan oleh watak dalam skrip tersebut.
Selain itu, pelakon juga akan dapat mentafsir setiap baris dalam dialog dan mampu mengisinya dengan makna yang tersirat atau lebih memahami subteks melalui imaginasi. Pertuturan dan nada mereka juga akan menjadi lebih baik kerana mereka sudah menyelami emosi dan perasaan watak. Setiap perkataan atau dialog yang terdapat dalam skrip kaku dan tidak membawa apa-apa makna. Oleh itu, pelakon perlu menjadikannya hidup dan member maksud di dalamnya.

5.0 Kelebihan untuk melihat
Selain pergerakan dan imaginasi, seorang pelakon juga perlu memiliki kemahiran untuk melihat.di perlu melihat semua perkara dalam lakonan. Pelakon perlu melihat lakonan daripada pelbagai sudut. Dia perlu lebih peka dan belajar untuk memahami keadaan di persekitaran. Di atas pentas seseorang pelakon perlu melihat ruang untuk mencipta kreativiti dan suasana yang dramatik supaya menarik minat penonton untuk melihat. Pelakon perlu bijak dalam mencari ruang untuknya bergerak, mencari identiti,  berimaginasi dan melihat kebenaran. Tetapi pelakon tidak boleh memaksa diri untuk melakukannya kerana ia akan menampakkan dirinya sedang berpura-pura untuk melakukannya. Penonton juga akan sedar lakonanannya itu.
            Stanislavsky juga mengatakan bahawa seserang pelakon perlu belajar melihat, mendengar dan memikirkan secara baru kerana sewaktu di pentas dan berhadapan dengan penonton, pelakon akan menjadi kaku. Oleh itu, pelakon bersifat semula jadi supaya tidak kelihatan kaku. Tumpuan yang sepenuhnya juga diperlukan supaya tidak menjejaskan persembahannya dan mengubah perhatian penonton daripadanya. Tumpuan boleh dibahagikan kepada beberapa segi iaitu tumpuan kepada ruang lakon, objek atau props yang digunakan, dialog dan pergerakan fizikalnya.

6.0  Melatih bakat
Setiap pelakon mempunyai bakat yang tersendiri. Bagi mengasah bakat yang ada, seorang pelakon perlu melatih diri untuk bekerja menjadi pelakon yang hebat. Stanis  ada mengatakan dalam penulisannya iaitu “realiti sebenar dalam kehidupan manusia”. Ini menunjukkan seorang pelakon perlu mencari jalan untuk mengimaginasi seseorang manusia serta semangat dalamannya dengan menggunakan pencarian sendiri. Seorang pelakon perlu menggunakan bakat yang ada untuk mencipta sesuatu yang baru dalam watak yang dimainkan, mengetahui tiga dimensi  kehidupan manusia serta sejarah, keinginan, ketakutan, emosi dan bayangan. Pelakon perlu seiring dengan watak yang dimainkan termasuk dalam sosial dan isu-isu moral  tetapi tidak mengadili karakternya. Pelakon perlu merasai dunia sebenar watak yang dimainkan dalam bentuk verbal(bebas) dan melakukan dalam bentuk aksi fizikal.
            Dalam mengimaginasi karakter, sudah semestinya dunia pelakon dan dunia watak adalah berbeza. Kesukaran dalam mengetahui kehidupan dalam dan luar dunia watak membuatkan pelakon perlu bekerja keras untuk menyamai dan memasuki  dunia watak. Pelakon perlu menggunakan beberapa gabungan teknik untuk memasuki dunia watak bagi melatih bakat yang ada dalam diri pelakon. Latihan bakat  perlu dilakukan setiap masa dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan pergerakan dalaman dan luaran tentang sesuatu watak yang dimainkan.

7.0 Mencari tujuan/objektif
Sepanjang kehidupan Stanis, beliau cuba memahami misteri dalam inspirasi atas pentas. Untuk menjadi pelakon hebat, beliau menyelidik sepanjang masa untuk mendapatkan inspirasi dalam setiap persembahan. Untuk menunjukkan persembahan yang hebat, Stanis mengatakan bahawa setiap persembahan mempunyai objektif yang perlu ada untuk ditunjuk kepada penonton. Bagi memulakan pergerakan lakonan, pelakon perlu membawa keluar watak yang dimainkan dan menetapkan objektif yang mudah terlebih dahulu. Langkah ini penting bagi memudahkan pelakon untuk memasuki watak. Setelah mengetahui objektif watak, pelakon harus menggerakkan semula langkah tersebut dengan menggunakan pengalaman yang sedia ada. Setiap langkah yang dilakukan perlu mempunyai objektif bagi menghidupkan watak ataupun tujuan pergerakan tersebut dilakukan.
            Bagi memudahkan pelakon mencapai objektif, pelakon perlu menetapkan beberapa tujuan atau objektif yang kecil seperti bertanya kepada watak yang sedang dimainkannya. Pelakon perlu bertanya seperti, “ saya nak…”, atau “ saya mesti…” atau “ saya berharap…” kemudian dikaitkan dengan aksi atau pergerakan bebas berdasarkan watak. Selain itu, setiap pergerakan yang mempunyai tujuan atau objektif perlu digerakkan dengan beberapa pergerakan yang berbeza setiap hari bagi mendapatkan pergerakan yang sesuai dengan perwatakan.

8.0 Melihat sekeliling
Mempelajari kehidupan sebenar manusia merupakan langkah yang patut diambil oleh setiap pelakon. Langkah ini dipanggil ‘memerhati’ atau ‘pemerhatian’. Teknik pemerhatian perlu dilakukan bagi memudahkan pelakon untuk mempelajari kehidupan sebenar watak atau perasaan yang dialami watak. Teknik ini penting kerana pelakon dan watak mempunyai dunia yang berbeza dan perwatakan yang berlainan. Oleh yang demikian, teknik pemerhatian perlu dilakukan. Teknik pemerhatian kebiasaannya dimulakan dengan menyedari tentang perkara yang berlaku di sekeliling kita, memerhati dengan menggunakan lima deria kita iaitu melihat, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh.
            Pelakon perlu memerhati setiap perkara termasuk perkara yang tidak pernah dilakukan oleh pelakon dalam dunianya. Perkara ini amat penting bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan kemudian mengingati setiap pengalaman tersebut. Pemerhatian yang dilakukan melibatkan intelektual dan deria. Minda manusia akan mentafsir data yang diperoleh, mengklasifikasikan data tersebut, menganalisis dan disimpan di dalam minda tersebut. Pengalamn tersebut akan membantu pelakon dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam mencari karakter watak tersebut untuk dipersembahkan. Justeru, pelakon perlu meningkatkan memori deria sebagai langjah utama bagi menajamkan teknik pemerhatian. Selepas melakukan teknik pemerhatian, pelakon perlu melakuka tiga perkara iaitu melakukan semula perwatakan manusia yang dikaji, menyerap pengalaman dan perasaan dan menggunakan pengalaman lain untuk membantu pergerakan.

9.0 Mentafsir barisan teks
Memahami teks bermula melalui permulaan pembacaan skrip sehinggalah pengakhiran skrip dan penghujung persembahan. Perkara utama yang perlu dilakukan ialah menadaptasi teks tersebut untuk dipersembahkan kepada penonton. Setiap barisan skrip mempunyai pergerakan yang tersendiri  mengikut pemerhatian dan penyelidikan yang dilakukan semasa latihan di samping menetapkan objektif perwatakan. Pentafsiran yang sangat baik bermula dari lontaran suara. Setiap suara yang dikeluarkan perlu dilontarka secara jelas dan mempunyai tempo dan ritma tersendiri. Suara yang kurang jelas dan mendatar akan menyababkan persembahan lemah dan jatuh serta kurang mendapat perhatian oleh setiap pihak. Latihan suara perlu dilakukan setiap hari bagi mendapatkan penguncapan yang sempurna dalam setiap barisan teks.
            Selain memahami setiap barisan teks, pelakon perlu mengetahui sub-teks. Sub-teks ialah perkara yang dilakukan oleh pelakon yang tiada dalam skrip tetapi mempunyai kaitan denha watak. Stanis ada mengatakan bahawa “ tanpa sub-teks, tiadalah teater”. Ini menunjukkan bahawa permainan sub-teks amat penting dalam mencantikkan lagi pergerakan watak. Bagi mencari sub-teks, pelakon perlu memahami jalan cerita dalam skrip kemudian mencipta sesuatu pergerakan dengan menggunakan pengalaman, motivasi dan beberapa teknik yang dilakukan sebeluma ini. Pelakon juga perlu mencari konflik dalam watak tersebut dan merasai konflik itu.

Rumusan
Setiap lakonan yang dipersembahkan perlu mempunyai pergerakan yang menarik. Bagi membentuk persembahan yang menarik, pelakon perlu mengetahui asas-asas lakonan atau teknik lakonan bagi meningkatkan pengalaman pelakon.  Teknik lakonan amat penting untuk diketahui agar setiap pelakon boleh membawa watak ke atas pentas untuk dipersembahkan kepada penonton dengan menarik. Tuntasnya, pelakon perlu berlatih setiap masa dan sentiasa meningkatkan mutu lakonan agar setiap pergerakan lakonan membuahkan hasil.














1 comment: